Friday, 15 March 2019

Kembali Menulis di Blog Ini

Assalamualaikum dan hai,

Masih ingat saya?
hahaha. This is weirdddd~ (sounds like Miss M)



Seperti biasa. setiap tahun saya selalu sahaja berkata saya akan kembali menulis, kembali berblogging, kembali bercerita, kembali berkongsi, namun tiada lagi kekuatan untuk saya meluahkan perasaan ketika seperti zaman 2011-2013, mahu melepaskan semua cerita-cerita saya.

Saya akan kembali menulis disini, kali ini dengan azam dan izin Tuhan hendaknya, ianya adalah suatu komitmen yang akan saya berikan jika saya tidak malas dan tiadalah aral melintang-pukang di hadapan saya. Sebenarnya saya masih tidak tahu kemanakah arah tuju blog ini. Tetapi izinkan saya bermula di entry ini.

Dan akan menggunakan bahasa Melayu dan juga bahasa rojak, dan bahasa Inggeris. Saya akan meletakkan masing-masing ditempatnya.

Dan ya, saya akan berhenti membahasakan 'aku' di blog ini, kerana pada masa itu saya hanya ingin menjadi seseorang yang bukannya saya. Saya ingin lari dari imej yang saya pegang sebelum ini.
Dan kali ini, saya kembali dengan imej separuh dari realiti saya. (tapikan in real life jarang juga menggunakan saya, saya selalu guna i-you, atau kita-awak, tapi nak guna kita-awak dah macam kembali di zaman sekolah pula yedok?).

Setelah sekian lama, saya baru sahaja mempunyai kekuatan untuk me-revert-kan semua entries lama saya, biarlah semua cerita-cerita saya berkubur di dalam draft. Biarlah cerita-cerita saya yang sebelum ini telah anda baca dan mungkin ada yang simpati atau mungkin juga menangis (yeke?), berkubur bersama di celahan ingatan yang makin dilupakan. Marilah anda bersama saya (entah siapalah yang masih baca ni woi), kita move on dari kisah-kisah sedih.
Marilah kita berkongsi cerita-cerita bahagia kehidupan single saya. (ya, saya masih seperti dulu, single dan tiada sedikit ura-ura mahu berkahwin).

Tapi entry yang tiada kena mengena dengan kisah hidup dan peribadi saya, akan saya teruskan dalam blog ini. Nak kena tapislah nampaknya. haha

Marilah melupakan Miss M, Adik, dan Teenager Housemaid. Marilah kita mendoakan agar mereka tenang di dalam simpanan ingatan saya, dan biarlah mereka tidak muncul lagi. Kerana dengan kemunculan mereka, hanya kesedihan yang akan menyelubungi.

Jika bahasa saya sungguh puitis di bacaan anda, sila undi saya untuk menjadi biduanita negara. Eh, maksud saya, sasterawan negara.
Okay, okay, saya tahu saya tidak layak. Sekurang-kurangnya bagilah saya gelaran pelawak. Tapi itulah, saya seorang yang sangat serius dalam hidup.

Beginilah catatan pertama saya, setelah lama meninggalkan blog bersejarah yang pernah membuat saya menangis didepan laptop, ketawa, dan bersemangat kerana semua pembaca yang menyokong (dah perasan retis dah ni).

Walaupun saya telah kehilangan jumlah yang agak besar followers saya, tetapi terima kasih kepada 909 yang masih setia disisi saya.

Sayangilah saya seadanya HAHAHAHAHA

Dahlah tu, saya tak ada idea sebenarnya ini.
Saya akan kembali dengan catatan-catatan yang lebih meletihkan anda untuk membacanya.

Kasih,
Zehan Ilyana

3 comments:

Pembunuh Tanpa Bayang said...

Entah kenapa, aku senyum membacanya ..

Terima kasih!

Pembunuh Tanpa Bayang said...

Entah kenapa, aku senyum membacanya ..

Terima kasih!

Pembunuh Tanpa Bayang said...

Entah kenapa, aku senyum membacanya ..

Terima kasih!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...